Khamis, 27 September 2012


Tarikh pelaksanaan : Literasi 28 & 29 Ogos 2012
                                Numerasi 3 & 4 September 2012
Tempat : Dewan seminar PPD Seb. Perai Utara
Kumpulan sasaran : 63 orang guru Bahasa Malaysia dan 63 orang guru Matematik
                               semua sekolah rendah Daerah SPU

Objektif Kursus :-

1. Memberi pendedahan kepada guru tentang konsep penggabungjalinan kemahiran 
    LINUS dengan KBSR Tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (Literasi) dan 
    Matematik (Numerasi) terhadap murid-murid yang telah berada dalam kumpulan 
    Arus Perdana.

2. Membantu murid-murid yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam Arus Perdana 
    akibat terlalu lambat  menguasai Literasi / Numerasi dan serentak dengan itu 
    tidak menguasai isi kandungan pembelajaran dalam Arus Perdana dalam Sistem 
    KBSR atau KSSR.

3. Memberi pendedahan kepada guru tentang amalan 'Lesson Study' 
    (Kajian Lapangan) dan mempraktikkan konsep penggabungjalinan 
    (perkara 1 dan 2) di atas.

SEKITAR KURSUS KELESTARIAN PROGRAM LINUS PPD SPU 2012


Pembentangan oleh wakil kumpulan selepas sesi refleksi berjalan lancar dan menepati objektif. Rumusan/penutupan disempurnakan oleh En Halim B Noor, pegawai meja LINUS PPD SPU.

Semua FasiLINUS PPD SPU mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh peserta kursus dan diharap dapat mempraktikkannya di sekolah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan