Khamis, 12 Februari 2015

BENGKEL ANALISIS DATA LINUS2.0

10 & 11 FEBRUARI 2015

BILIK MESYUARAT d/a SK HASHIM AWANG

As Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga LINUS PPD SPU. Setiausaha LINUS telah menghadiri bengkel Analisis Data selama sehari (dipecahkan kepada 2 kumpulan) untuk mendalami perkongsian ilmu bagaimana untuk menganalisis data "Portal NKRA LINUS2.0".

Bengkel ini amat perlu untuk memberi pendedahan dan memantapkan kemahiran menganalisis data. Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan diaplikasikan sepenuhnya ke arah meningkatkan dan memantapkan lagi pencapaian LINUS di sekolah masing-masing.


Isnin, 3 Mac 2014

PAMERAN MINDA KREATIF LINUS2.0

Salam 1 Malaysia,
FasiLINUS Seb. Perai Utara telah menganjurkan Pameran Minda Kreatif LINUS 2.0 yang berlangsung di Dewan Seminar PPD SPU pada 18 hingga 20 Februari 2014.

Kami FasiLINUS PPD Seb. Perai Utara mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Pameran Minda Kreatif LINUS 2.0 terutama kepada sekolah-sekolah rendah Daerah SPU, rakan-rakan di Unit Pengurusan Akademik, pihak-pihak yang memberi sumbangan dan seluruh warga PPD SPU yang memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Terima kasih daun keladi,
komitmen guru-guru amat kami hargai. 








Khamis, 6 Disember 2012

PERSIDANGAN LINUS ANTARABANGSA 2012




PERSIDANGAN LINUS ANTARABANGSA  2012

 
Tarikh : 26 hingga 28 Disember 2012

Tempat : Hotel Promenade  Kota Kinabalu, Sabah

Peserta : 330 orang peserta
(Guru-guru LINUS, FasiLINUS, pegawai PPD, JPN dan KPM)

“ Menjana Transformasi Pendidikan Negara”
 
Persidangan Linus Antarabangsa 2012 telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Persidangan Linus Antarabangsa yang julung-julung kalinya diadakan ini telah memberi input yang amat berguna kepada pengamal-pengamal Linus di Malaysia.  Para pembentang terdiri daripada cendiakawan yang banyak membuat penyelidikan  khusus dalam aspek Literasi dan Numerasi. 

 Para pembentang terdiri daripada:
 
1.    Associate Professor Dr. Sussie Groves

2.    Prof. Madya Dr Hjh Nuraini bt Yusoff

3.    Dr. Dahlia bt Janan

4.    Associate Professor Dr. Swee Fong Ng

5.    Dr. Susanto, S.Si, DEA

6.    Dr Fong, Ho Kheong

7.    Prof. Dr David Wray

8.    Zunaida Begum bt Mohd Rashid

 

 

 

 

 
 
Antara wakil Pulau Pinang ke Persidangan Antarabangsa Linus 2012
(dari kiri: Pn. Nor Asiah bt. Mohamed,
Pn. Tuzana bt. Mohamad, Pn. Anisah bt Edi)  
 



 

 
 
 
 
 
 
Dr.Susanto, S.SI, DEA
Membentangkan kertas kerja yang bertajuk
"Local Wisdom And Literacy Mathematics"
 
 
 
 
 
 
 
 
Ucapan penutupan oleh Datuk Dr.Amin bin Senin Timbalan Pengarah Pelajaran (Polisi)



 

 
 
 
  
 
 
 
 
 
 

Isnin, 15 Oktober 2012

Jumaat, 28 September 2012

PROGRAM PECUTAN AKHIR LINUS





Murid-murid LINUS yang terlibat didapati mendapat manfaat dan menunjukkan 
peningkatan kemahiran berdasarkan konstruk yang di ajar oleh jurulatih-jurulatih 
utama LINUS dan guru pemulihan khas sekolah yang terlibat.

Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan 
program ini. 



Khamis, 27 September 2012


Tarikh pelaksanaan : Literasi 28 & 29 Ogos 2012
                                Numerasi 3 & 4 September 2012
Tempat : Dewan seminar PPD Seb. Perai Utara
Kumpulan sasaran : 63 orang guru Bahasa Malaysia dan 63 orang guru Matematik
                               semua sekolah rendah Daerah SPU

Objektif Kursus :-

1. Memberi pendedahan kepada guru tentang konsep penggabungjalinan kemahiran 
    LINUS dengan KBSR Tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (Literasi) dan 
    Matematik (Numerasi) terhadap murid-murid yang telah berada dalam kumpulan 
    Arus Perdana.

2. Membantu murid-murid yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam Arus Perdana 
    akibat terlalu lambat  menguasai Literasi / Numerasi dan serentak dengan itu 
    tidak menguasai isi kandungan pembelajaran dalam Arus Perdana dalam Sistem 
    KBSR atau KSSR.

3. Memberi pendedahan kepada guru tentang amalan 'Lesson Study' 
    (Kajian Lapangan) dan mempraktikkan konsep penggabungjalinan 
    (perkara 1 dan 2) di atas.

SEKITAR KURSUS KELESTARIAN PROGRAM LINUS PPD SPU 2012


Pembentangan oleh wakil kumpulan selepas sesi refleksi berjalan lancar dan menepati objektif. Rumusan/penutupan disempurnakan oleh En Halim B Noor, pegawai meja LINUS PPD SPU.

Semua FasiLINUS PPD SPU mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh peserta kursus dan diharap dapat mempraktikkannya di sekolah masing-masing.

Selasa, 10 Januari 2012

  
PERSIDANGAN LINUS KEBANGSAAN 2011

Tarikh       :        5 hingga 7 Disember  2011
Tempat     :        Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur
Peserta     :        233 orang peserta
(Guru-guru LINUS, FasiLINUS, pegawai PPD, JPN dan KPM)


Objektif Persidangan LINUS Kebangsaan

i.    Mendapatkan gambaran sebenar tentang pelaksanaan LINUS di peringkat sekolah dari pengamal pelaksanaan LINUS supaya program ini bertepatan dengan situasi setempat.

ii.                 Berkongsi rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk literasi dan numerasi khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.

iii.            Mewujudkan satu komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan FasiLINUS dan Guru-guru LINUS serta Guru Pemulihan supaya prestasi murid yang menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai. 



Wakil FasiLINUS Negeri Pulau Pinang (Hjh. Anita Ariffin – PPDTL, Noorhashimah Hashim – PPDBD,  Adz Jamros Jamali – PPDSPU, Y. Bhg. Dato' Ibrahim Bin  Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Encik Aziz Bin Naim, Noor Asiah Mohamad – PPDSPS dan Norliza Abd Kadir – PPDSPT).

Sesi-sesi pembentangan yang dijalankan mencakupi ucapan dan enam dapatan kajian amalan P&P terbaik. Tajuk-tajuk pembentangan tersebut adalah:

Sesi 1:
Pencapaian Terkini LINUS oleh Dr. Noorliza BInti Hj Zakuan (Ketua Pejabat  Pengurusan Pelaksanaan -DMO)

Sesi 2:         
Pembentangan Pertama : Pembelajaran Murid LINUS Menuntut Transformasi   Pengajaran Guru oleh En. Ishak Bin Arif (Pen. Pengarah JNJK)


Sesi 3:
Pembentangan Kedua : Pendekatan Stesen Litar Dalam Mengatasi Masalah Numerasi oleh Cik Normalili Binti Idris (FasiLINUS PPD Kota Tinggi)

Sesi 4:
Pembentangan Ketiga : Taman Tema Dalam Pengajaran dan Pembelajaran     Numerasi oleh Pn. Rosmaini BInti Segar (FasiLINUS PPD Kota Belud)

Sesi 5:   
Pembentangan Keempat : Proses Perubahan Tingkah Laku Dalam Pengajaran dan Pembelajaran LINUS oleh Pn. Hjh. Rosni Binti Hj. Abdullah (Guru Cemerlang Pemulihan Khas Sk Anak-Anak Angkatan Tentera, Alor Setar)


Sesi 6:
Pembentangan Kelima : Satu Pendekatan Dinamik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asas Literasi Bahasa Melayu - eBaTu oleh Pn. Rosmimah Binti Embi (Guru Besar SK (L) Bukit Bintang)


Sesi 7:
Pembentangan Keenam : Inovasi Dalam P&P - Penggunaan Bahan Kitar Semula dalam Literasi dan Numerasi oleh En. Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid (Guru Pemulihan Khas SK Yam Tuan Lenggang , Negeri Sembilan


Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Ibrahim Bin  Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.



Persidangan diserikan lagi dengan Jamuan Makan Malam Bersama Y. Bhg. Dato' Seri Abdul Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada malam kedua persidangan berkenaan.


Pada kesempatan ini juga sambutan hari lahir Y. Bhg. Dato, KPPM juga diraikan bersama semua peserta persidangan.
Majlis penutupan persidangan pula disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Hj. Zahri BIn Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).


Rumusan-rumusan persidangan dibacakan oleh En. Mohd Zanal Bin Dirin,  Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM yang menggariskan perkara-perkara berikut: 
i.    Menjadikan Persidangan LINUS sebagai acara tahunan bukan saja pada peringkat kebangsaan tetapi pada peringkat antarabangsa. 
ii. Mewujudkan komuniti pembelajaran semua yang terlibat dalam LINUS supaya amalan terbaik dapat dikongsi bersama oleh pelaksana-pelaksana LINUS dari peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah. 
iii.   Mengkaji semula isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan FasiLINUS dan Guru Pemulihan. 
iv. Mendokumentasikan amalan terbaik dalam bentuk buku supaya amalan dapat  diadaptasi dan diaplikasi di setiap sekolah. 
Bahan-bahan pembentangan Persidangan LINUS Kebangsaan 2011 boleh dimuat turun di halaman MUAT TURUN.