NUMERASI


ANALISIS PENGUASAAN NUMERASI MURID TAHUN 1 & TAHUN 2














*******************************************
BORANG BPPI (Gabungan) 
Saringan Numerasi 2011


Hasil daripada isu yang disuarakan oleh guru LINUS semasa pemantauan saringan dijalankan oleh FasiLINUS, maka di sini disertakan borang BPPI (Gabungan)  untuk Numerasi bagi memudahkan kerja guru-guru LINUS Numerasi memandangkan sebeleum ini terdapat tiga hingga empat borang yang perlu diisi oleh guru. Borang ini merangkumi maklumat semua borang yang dibekalkan oleh LPM dalam Manual Saringan. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau persoalan daripada mana-mana sumber, sila rujuk pada saya Puan Adz Jamros bt Jamali, FasiLINUS Numerasi PPDU. Jika guru LINUS selesa menggunakan borang yang sedia ada, teruskan usaha cikgu. Borang BPPI (Gabungan) hanya dicadangkan untuk membantu meringankan kerja cikgu. Harap maklum dan terima kasih.




SILA MUAT TURUN DARIPADA KOTAK box.net
DI BAWAH LAMAN INI






______________________________________________________________________














HEADCOUNT NUMERASI


Salam Sejahtera Semua....
   Terima kasih kerana cikgu-cikgu bertungkus-lumus mengisi borang headcount yang disertakan dalam Perancangan Strategik LINUS sekolah cikgu. Penyataan masalah yang dibangkitkan juga melambangkan kesungguhan itu. Syabas.
   Untuk pengetahuan cikgu, dalam 12 konstruk Numerasi tersenarai kriteria-kriteria terperinci item-item yang sudah mahupun yang bakal dikeluarkan dalam saringan. Sila rujuk Manual Am Instrumen Numerasi. Tujuan penggunaan borang headcount ini hanya semata-mata untuk memudahkab cikgu membimbing murid LINUS yang belum menguasai sesuatu konstruk secara berfokus. Melalui pemerhatian, didapati terdapat guru LINUS yang telah menjalankan P&P untuk murid LINUS namun begitu murid masih tidak menguasai konstruk tertentu. Apabila disiasat, guru membimbing secara holistik dan tidak berfokus kepada kelemahan spesifik murid. Taklimat tentang aplikasi dinamik borang itu bakal diadakan kelak, insyaAllah.


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1
1.    Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
2.    Pra nombor melibatkan bentuk dan warna
3.    Keupayaan menyebut dan menulis angka
4.    Memadankan bentuk, warna dan angka

Konstruk 2
1.    Keupayaan membilang
2.    Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan
3.    Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan
4.    Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan

Konstruk 3
1.    Keupayaan memahami nilai nombor
2.    Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi
3.    Menulis nombor mengikut urutan

Konstruk 4
1.    Keupayaan membuat seriasi
2.    Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:
o Banyak ke sedikit
o Kecil ke besar
o Pendek ke panjang
o Rendah ke tinggi
o Nipis ke tebal
dan sebaliknya

Konstruk 5
1.    Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
2.    Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10

Konstruk 6
1.    Keupayaan menyatakan waktu
2.    Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi
3.    Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan
4.    Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan

Konstruk 7
1.    Keupayaan mengendalikan operasi asas
2.    Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
3.    Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula
4.    Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek
5.    Hasil tambah tidak melebihi 20
6.    Hasil tolak tidak melebihi 50
7.    Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10

Konstruk 8
1.    Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
2.    Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10
3.    Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang

Konstruk 9
1.    Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu
2.    Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD dan UNIT STANDARD
3.    Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu
Konstruk 10
1.    Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
2.    Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan tolak
3.    Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol tolak (–) dan simbol sama (=)
4.    Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam bahasa harian

Konstruk 11
1.    Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
2.    Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud
3.    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak

Konstruk 12
1.    Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
2.    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
3.    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
4.    Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang