Khamis, 22 September 2011

Penulisan RPH Linus

Salam untuk semua warga Linus Seberang Perai Utara,

Untuk makluman guru-guru Linus, contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Literasi dan Numerasi kelas Linus mahupun kelas Bercampur boleh dimuat turun dari blog ini pada halaman MUAT TURUN. (Cuba lihat bar di atas tu.....)

Selamat bertugas.
Terima Kasih Cikgu.

Ahad, 31 Julai 2011

Ikhlas Daripada Kami FasiLINUS PPD Seberang Perai Utara

Proses Pengisian Data Saringan 2 dan 5 Ke Dalam Portal NKRA

Salam Sejahtera Semua,

Proses pengisian data Saringan 2 dan Saringan 5 ke dalam Portal NKRA boleh dilaksanakan mulai 1 Ogos 2011 (Isnin) hingga 12 Ogos 2011 (Jumaat). Sila masukkan data untuk semua murid termasuk murid Arus Perdana. Sila hubungi FasiLINUS sekolah masing-masing jika terdapat sebarang kekeliruan atau masalah semasa mengakses mahupun memuat naik data saringan ke dalam Portal NKRA.

Terima Kasih kerana kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sabtu, 2 Julai 2011

Karnival LINUS 2011

Pada hari Rabu 6 Julai 2011, PPD Seberang Perai Utara akan mengadakan Karnival LINUS 2011 di MPC Kepala Batas.



JOM JOIN FACEBOOK FASILINUS PPD SPU

Salam semua,

Untuk makluman semua, fasilinus PPD Seberang Perai Utara telah mewujudkan akaun FACEBOOK dengan nama Fasilinus PPD S. Perai Utara.


Oleh itu, kepada sesiapa yang berkenan nak bersama-sama kami, silakan.

Sekian TQ

SARINGAN 5 & SARINGAN 2 2011

Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, Saringan 2 dan 5 dilaksanakan pada ketetapan yang berikut:
SARINGAN MEMBACA DAN LISAN  
20 JUN - 22 JULAI 2011
SARINGAN MENULIS
25 JULAI - 29 JULAI 2011
PENGISIAN DATA NKRA
1 OGOS - 12 OGOS 2011

Diharap Saringan 2 dan 5 dapat dijalankan dengan lancar, telus dan menepati masa. Jika terdapat sebarang masalah sila rujuk FasiLINUS sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.



Jumaat, 29 April 2011

TAHNIAH!!!

Salam Sejahtera Semua Guru LINUS Sekolah-Sekolah Seberang Perai Utara,

Terima kasih atas kerjasama semua guru LINUS kerana bekerjasama menyempurnakan pengisian data saringan 1 dan 4 dalam portal NKRA. Sehubungan itu, diharapkan guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta menghantar satu set data yang diisi dalam portal berkenaan kepada FasiLINUS masing-masing. 

Tahniah buat semua kerana telah berjaya mencatat peratusan yang cemerlang.

Saringan 1 Literasi 
76.7%
Saringan 1 Numerasi 
86%
Saringan 4 Literasi 
93.8%
Saringan 4 Numerasi 
97.6%

Sabtu, 16 April 2011

JANGAN PANIK

Sejak semalam, PORTAL NKRA tidak boleh diakses. Saya harap rakan-rakan guru LINUS sekalian tidak panik. Mungkin portal tersebut sedang dikemaskini kerana ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. SABOOOOO JE LA.....

Selasa, 12 April 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN KE DALAM PORTAL

Fuuuhhhhh....... poning kepalo den......
Memang sukar apabila data SMM di sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam versi 4.5. Manakan tidak, dalam portal NKRA cuma mesra dengan data SMM versi 4.0.

Tapi tak pe..... kita cuba sampai boleh. Terima kasih kepada Encik Mohd Zaini, Pegawai Maklumat PPDU. Hasil pengamatan beliau, kita dapat penyelesaiannya.

Jeng...jeng...jeng,...

Kita guna tapak SMM Versi 4.0, import data SMM dari fail DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2 daripada SMM Versi 4.5. Selepas itu, gabungkan data. Eksport semula data daripada tapak SMM Versi 4.0 ke dalam disket.

Online, akses Portal NKRA KPM. Import data murid dari SMM tadi...... bliiiinnnggggggg...

Dah siap....

Jika cikgu-cikgu ada masalah hubungi kami, FasiLINUS di PPD Utara....

Selamat mencuba!

Ahad, 10 April 2011

TAHNIAH DARIPADA WARGA LINUS PPD SEBERANG PERAI UTARA

Kami warga LINUS PPD Seberang Perai Utara mengucapkan TAHNIAH atas kenaikan pangkat yang telah diumumkan baru-baru ini.
 Hj Khalid bin Hj Ahmad 
(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)


 Hj Umar bin Abdul Aziz 
(Ketua Sektor Pendidikan Islam)


Hj Osman bin Hussain 
(Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan) 

Khamis, 7 April 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011
Bengkel Pengisian Data Saringan 1 untuk kohort 2 dan Saringan 4 untuk kohort 1 akan diadakan pada 

             Tarikh    : 12 April 2011 (Selasa) 
             Tempat  : Bilik Mesyuarat PPD Seberang Perai Utara 

Operasi bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi mengikut kumpulan 21 sekolah.

             Kumpulan 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi) 
             Kumpulan 2 (11.00 pagi - 1.00 ptg) 
             Kumpulan 3 (2.30 ptg - 4.30 ptg)

Sehubungan itu, guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta mengumpulkan data daripada setiap kelas yang melaksanakan saringan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat-turun dari blog LINUS PPDU (sudah ditukar format). Setiap data TEPAT yang telah dikumpulkan dan perlu disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum dibawa bersama semasa Bengkel Pengisian Data Saringan 1 & Saringan 4 nanti.

Sekian Terima Kasih.

HUBUNGI FASILINUS

Jika guru-guru LINUS menghadapi masalah untuk memuat-turun atau mengendalikan capaian blog ini sila maklumkan kepada FasiLINUS sekolah masing-masing atau anda boleh menghubungi admin blog LINUS PPDU, Cikgu Adz Jamros binti Jamali untuk mendapatkan bantuan atau untuk penambahbaikan capaian anda. Sekian terima kasih.

Rabu, 2 Mac 2011

INFO TERKINI 2 MAC 2011

Pagi 2 Mac 2011, Jawatankuasa LINUS Negeri Pulau Pinang yang telah diperngerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Cik Fatimah bt Othman, telah menerima satu informasi TERKINI... KPM telah meletakkan 95% sebagai sasaran Saringan 1 Kohort 2 Kebangsaan. Ini bermakna kita perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai sasaran ini.

Sehubungan itu juga, pihak KPM telah menyuarakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan surat untuk membawa anak-anak yang berkenaan bagi menjalani pemeriksaan doktor.

Semoga hak kanak-kanak yang berkeperluan khas akan terbela. Insya-Allah..

Semoga kita berjaya.

Selasa, 1 Mac 2011

MAKLUMAN TARIKH SARINGAN LINUS 2011

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN TAHUN 2011
PROGRAM LINUS
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

KOHORT 1
KOHORT 2
TARIKH
PELAKSANAAN
MULA
AKHIR
Saringan 1
Saringan 4
28 Feb 2011
31 Mac 2011
Membaca / Lisan
04 Apr 2011
08 Apr 2011
Menulis
11 Apr 2011
22 Apr 2011
Pengisian Data Portal
Saringan 2
Saringan 5
20 Jun 2011
22 Jul 2011
Membaca / Lisan
25 Jul 2011
29 Jul 2011
Menulis
02 Ogo 2011
12 Ogo 2011
Pengisian Data Portal
Saringan 3
Saringan 6
03 Okt 2011
21 Okt 2011
Membaca / Lisan
31 Okt 2011
04 Nov 2011
Menulis
15 Nov 2011
18 Nov 2011
Pengisian Data Portal
09 Nov 2011
11 Nov 2011

·         Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pengumuman daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan akan dimaklumkan kemudian.


o                   Tarikh yang sah belum ditetapkan setakat ini.

Isnin, 28 Februari 2011

EDARAN CD SARINGAN SUDAH BERMULA...

Salam semua,

Mulai 28 Februari 2011, Sub-unit LINUS PPD SP Utara telah mengedarkan CD Saringan 1 dan 4. Terima kasih bagi sekolah-sekolah yang telah mendapatkannya. Bagi sekolah0-sekolah yang masih belum mendapatkannya, SILA BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN DI SUB-UNIT LINUS PPD SP UTARA. Harap maklum.

SIAPA FASILINUS SEKOLAH ANDA

EN.SHAHRUL ANUAR BIN HASHIN (LITERASI) TN.HJ.SABRI BIN SULAIMAN (NUMERASI)
SK ARA RENDANG
SK BERTAM PERDANA
SK KG. SELAMAT
SK KG. TO’ BEDUR
SK LAHAR YOOI
SK MOHD.SHAH
SK PADANG MENORA
SK PAYA KELADI
SK PENAGA
SK PENAGA JAYA
SK PERMATANG BULUH
SK PINANG TUNGGAL
SK PMTG TO’ JAYA
SK POKOK SENA
SK SUNGAI PUYU
SJKC CHIN HWA
SJKC LEE CHEE
SJKC MAH HWA
SJKC PEI YU
SJKT LADANG MAYFIELD
SJKT LADANG MALAKOFF

EN.SHUKRI BIN HASHIM (LITERASI)   
PN.ANISAH BINTI EDI (NUMERASI)
SK BUMBUNG LIMA
SK DESA MURNI
SK KEPALA BATAS
SK KUALA MUDA
SK LAHAR KEPAR
SK PASIR GEBU
SK PENGKALAN JAYA
SK PERMATANG JANGGUS
SK PERMATANG SINTOK
SK PMTG BINJAI
SK PULAU MERTAJAM
SK SERI GEMILANG
SK TAMAN SENANGAN
SK TASEK GELUGOR
SK TELOK AIR TAWAR
SJK(C) AIK KEOW PENAGA
SJK(C) AIK KEOW T.A.T
SJK(C) KUANG YU
SJK(C) NUNG MIN
SJK(C) SIN CHUNG
SJK(T) PALANIANDY
  
EN.MOHD.ZAININ BIN MISKON (LITERASI)
PN.NORAZLIN BT. ZAINAL (NUMERASI)
SK ASSUMPTION
SK BAGAN AJAM
SK BAGAN JERMAL
SK BAGAN TUAN KECHIL
SK BERTAM INDAH
SK CONVENT B’WORTH
SK HASHIM AWANG
SK KUALA PERAI
SK MAK MANDIN
SK PERMATANG BERTAM
SK ST.MARK B’WORTH
SK SUNGAI DUA
SK SUNGAI NYIOR
SJKC CHUNG HWA CAW. 1
SJKC CHUNG HWA CAW. 2
SJKC CHUNG HWA PUSAT
SJKC KAI CHEE
SJKC KWANG HWA
SJKC LI HWA
SJKC MAK MANDIN
SJKT MAK MANDIN

Isnin, 21 Februari 2011

FIKIR-FIKIRKAN LAH

PROSES PELAKSANAAN SARINGAN PROGRAM LINUS





SEKADAR LONTARAN IDEA

SARINGAN BUKAN UJIAN

SARINGAN IALAH SUATU ALAT PENTAKSIRAN

TUJUAN SARINGAN ADALAH UNTUK MENGESAHKAN  SETAKAT MANA PENGUASAAN MURID TERHADAP 12 KONSTRUK ASAS DALAM LITERASI DAN NUMERASI.

TANGGUNGJAWAB GURU ADALAH MEMBIMBING MURID AGAR MENGUASAI SEMUA KONSTRUK WALAUPUN ARUS PERDANA TIDAK MEWAJIBKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.

PROGRAM LINUS JUGA BERLANDASKAN KURIKULUM MODULAR SEPERTI KSSR.

MURID TIDAK DIDISKRIMINASI KEPADA LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA TETAPI
LABEL LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA HANYA SEBAGAI PENANDA BAHAWA MURID MASIH BELUM MENGUASAI SATU-SATU KONSTRUK 
MAKA 
GURU HARUS BERUSAHA PELBAGAI KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.

INSYAALLAH


Selasa, 15 Februari 2011

SISTEM FAIL LINUS SEKOLAH RENDAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Salam Semua Guru Penyelaras LINUS juga buat Guru LINUS,

Pada minggu lepas iaitu 11 Februari 2011, semua sekolah rendah negeri Pulau Pinang telah dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat rasmi dari JPNPP mengenai penyelarasan Sistem Fail LINUS negeri Pulau Pinang. Setelah menerima beberapa panggilan cemas dari beberapa buah sekolah, kami FasiLINUS PPD SPU telah mengambil inisiatif berbincang dengan Penyelia Kanan LINUS di JPNPP. Atas alasan PPD merupakan "ownership" kepada Program LINUS beserta sokongan kukuh Pegawai Meja LINUS di PPD SPU, maka PPD SPU telah mengambil keputusan MENGEKALKAN SISTEM FAIL YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH FasiLINUS PPD SPU yang menyenaraikan 7 buah fail.


 

600-5/1/01             SURAT-MENYURAT
1.1.                               Surat-surat pekeliling/siaran/arahan/makluman berkaitan Program LINUS (KPM/JPN/PPD)
1.2.                               Surat panggilan kursus/taklimat/bengkel/mesyuarat dll
1.3.                               Memo
1.4.                               “Link Call”

600-5/1/02             MINIT MESYUARAT
2.1                                Notis Panggilan Mesyuarat J/Kuasa LINUS Sekolah
2.2                                Minit Mesyuarat J/kuasa LINUS Sekolah
2.3                                Minit Mesyuarat Panitia BM & Matematik
2.4                                Rekod Maklum Balas Keputusan-keputusan Mesyuarat

600-5/1/03             PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
3.1                                Perancangan Strategik & Pelunjuran
3.2                                Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun

600-5/1/04(Kohort1)
600-5/1/04(Kohort2)
600-5/1/04(Kohort3)
seterusnya            MAKLUMAT MURID
                             (Asingkan mengikut kohort)
4.1                                Analisis Saringan  Literasi & Numerasi
4.2                                Senarai nama murid Literasi & Numerasi (Pemulihan LINUS, LINUS, Arus Perdana)
4.3                                Maklumat murid Pemulihan LINUS dan LINUS Literasi & Numerasi
4.4                                ‘Headcount’

600-5/1/05             MAKLUMAT GURU & PEMANTAUAN
5.1                                Carta Organisasi J/kuasa Induk LINUS
5.2                                Maklumat guru LINUS
5.3                                Jadual waktu guru LINUS
5.4                                Jadual Pemantauan Sekolah  P & P LINUS
5.5                                Laporan Pemantauan Sekolah/PPD/JPN/JNJK

600-5/1/06             SUKATAN PELAJARAN DAN SENARAI KEMAHIRAN  
                            Dibenarkan menggunakan “Ring Fail”
6.1                                Senarai Konstruk Literasi & Numerasi
6.2                                Senarai Kemahiran Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3
6.3                                Modul Guru Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3
6.4                                Modul Murid Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3

600-5/1/07             MANUAL DAN  INSTRUMEN SARINGAN
7.1                                Manual Am Saringan Literasi & Numerasi
7.2                                Manual Pentadbiran Saringan  Literasi & Numerasi
7.3                                Instrumen Saringan Membaca/Lisan Saringan Literasi & Numerasi
7.4                                Instrumen Saringan Menulis/Bertulis Saringan Literasi & Numerasi


CATATAN :      DISYORKAN MENGGUNAKAN FAIL JENIS KERTAS (PUTIH)
                        NOMBOR FAIL BERDASARKAN SISTEM FAIL FORMAT ARKIB NEGARA