Selasa, 12 April 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN KE DALAM PORTAL

Fuuuhhhhh....... poning kepalo den......
Memang sukar apabila data SMM di sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam versi 4.5. Manakan tidak, dalam portal NKRA cuma mesra dengan data SMM versi 4.0.

Tapi tak pe..... kita cuba sampai boleh. Terima kasih kepada Encik Mohd Zaini, Pegawai Maklumat PPDU. Hasil pengamatan beliau, kita dapat penyelesaiannya.

Jeng...jeng...jeng,...

Kita guna tapak SMM Versi 4.0, import data SMM dari fail DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2 daripada SMM Versi 4.5. Selepas itu, gabungkan data. Eksport semula data daripada tapak SMM Versi 4.0 ke dalam disket.

Online, akses Portal NKRA KPM. Import data murid dari SMM tadi...... bliiiinnnggggggg...

Dah siap....

Jika cikgu-cikgu ada masalah hubungi kami, FasiLINUS di PPD Utara....

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan