Selasa, 10 Januari 2012

  
PERSIDANGAN LINUS KEBANGSAAN 2011

Tarikh       :        5 hingga 7 Disember  2011
Tempat     :        Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur
Peserta     :        233 orang peserta
(Guru-guru LINUS, FasiLINUS, pegawai PPD, JPN dan KPM)


Objektif Persidangan LINUS Kebangsaan

i.    Mendapatkan gambaran sebenar tentang pelaksanaan LINUS di peringkat sekolah dari pengamal pelaksanaan LINUS supaya program ini bertepatan dengan situasi setempat.

ii.                 Berkongsi rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk literasi dan numerasi khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.

iii.            Mewujudkan satu komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan FasiLINUS dan Guru-guru LINUS serta Guru Pemulihan supaya prestasi murid yang menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai. 



Wakil FasiLINUS Negeri Pulau Pinang (Hjh. Anita Ariffin – PPDTL, Noorhashimah Hashim – PPDBD,  Adz Jamros Jamali – PPDSPU, Y. Bhg. Dato' Ibrahim Bin  Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Encik Aziz Bin Naim, Noor Asiah Mohamad – PPDSPS dan Norliza Abd Kadir – PPDSPT).

Sesi-sesi pembentangan yang dijalankan mencakupi ucapan dan enam dapatan kajian amalan P&P terbaik. Tajuk-tajuk pembentangan tersebut adalah:

Sesi 1:
Pencapaian Terkini LINUS oleh Dr. Noorliza BInti Hj Zakuan (Ketua Pejabat  Pengurusan Pelaksanaan -DMO)

Sesi 2:         
Pembentangan Pertama : Pembelajaran Murid LINUS Menuntut Transformasi   Pengajaran Guru oleh En. Ishak Bin Arif (Pen. Pengarah JNJK)


Sesi 3:
Pembentangan Kedua : Pendekatan Stesen Litar Dalam Mengatasi Masalah Numerasi oleh Cik Normalili Binti Idris (FasiLINUS PPD Kota Tinggi)

Sesi 4:
Pembentangan Ketiga : Taman Tema Dalam Pengajaran dan Pembelajaran     Numerasi oleh Pn. Rosmaini BInti Segar (FasiLINUS PPD Kota Belud)

Sesi 5:   
Pembentangan Keempat : Proses Perubahan Tingkah Laku Dalam Pengajaran dan Pembelajaran LINUS oleh Pn. Hjh. Rosni Binti Hj. Abdullah (Guru Cemerlang Pemulihan Khas Sk Anak-Anak Angkatan Tentera, Alor Setar)


Sesi 6:
Pembentangan Kelima : Satu Pendekatan Dinamik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asas Literasi Bahasa Melayu - eBaTu oleh Pn. Rosmimah Binti Embi (Guru Besar SK (L) Bukit Bintang)


Sesi 7:
Pembentangan Keenam : Inovasi Dalam P&P - Penggunaan Bahan Kitar Semula dalam Literasi dan Numerasi oleh En. Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid (Guru Pemulihan Khas SK Yam Tuan Lenggang , Negeri Sembilan


Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Ibrahim Bin  Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.



Persidangan diserikan lagi dengan Jamuan Makan Malam Bersama Y. Bhg. Dato' Seri Abdul Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada malam kedua persidangan berkenaan.


Pada kesempatan ini juga sambutan hari lahir Y. Bhg. Dato, KPPM juga diraikan bersama semua peserta persidangan.
Majlis penutupan persidangan pula disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Hj. Zahri BIn Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan).


Rumusan-rumusan persidangan dibacakan oleh En. Mohd Zanal Bin Dirin,  Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM yang menggariskan perkara-perkara berikut: 
i.    Menjadikan Persidangan LINUS sebagai acara tahunan bukan saja pada peringkat kebangsaan tetapi pada peringkat antarabangsa. 
ii. Mewujudkan komuniti pembelajaran semua yang terlibat dalam LINUS supaya amalan terbaik dapat dikongsi bersama oleh pelaksana-pelaksana LINUS dari peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah. 
iii.   Mengkaji semula isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan FasiLINUS dan Guru Pemulihan. 
iv. Mendokumentasikan amalan terbaik dalam bentuk buku supaya amalan dapat  diadaptasi dan diaplikasi di setiap sekolah. 
Bahan-bahan pembentangan Persidangan LINUS Kebangsaan 2011 boleh dimuat turun di halaman MUAT TURUN.