Jumaat, 29 April 2011

TAHNIAH!!!

Salam Sejahtera Semua Guru LINUS Sekolah-Sekolah Seberang Perai Utara,

Terima kasih atas kerjasama semua guru LINUS kerana bekerjasama menyempurnakan pengisian data saringan 1 dan 4 dalam portal NKRA. Sehubungan itu, diharapkan guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta menghantar satu set data yang diisi dalam portal berkenaan kepada FasiLINUS masing-masing. 

Tahniah buat semua kerana telah berjaya mencatat peratusan yang cemerlang.

Saringan 1 Literasi 
76.7%
Saringan 1 Numerasi 
86%
Saringan 4 Literasi 
93.8%
Saringan 4 Numerasi 
97.6%

Sabtu, 16 April 2011

JANGAN PANIK

Sejak semalam, PORTAL NKRA tidak boleh diakses. Saya harap rakan-rakan guru LINUS sekalian tidak panik. Mungkin portal tersebut sedang dikemaskini kerana ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. SABOOOOO JE LA.....

Selasa, 12 April 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN KE DALAM PORTAL

Fuuuhhhhh....... poning kepalo den......
Memang sukar apabila data SMM di sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam versi 4.5. Manakan tidak, dalam portal NKRA cuma mesra dengan data SMM versi 4.0.

Tapi tak pe..... kita cuba sampai boleh. Terima kasih kepada Encik Mohd Zaini, Pegawai Maklumat PPDU. Hasil pengamatan beliau, kita dapat penyelesaiannya.

Jeng...jeng...jeng,...

Kita guna tapak SMM Versi 4.0, import data SMM dari fail DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2 daripada SMM Versi 4.5. Selepas itu, gabungkan data. Eksport semula data daripada tapak SMM Versi 4.0 ke dalam disket.

Online, akses Portal NKRA KPM. Import data murid dari SMM tadi...... bliiiinnnggggggg...

Dah siap....

Jika cikgu-cikgu ada masalah hubungi kami, FasiLINUS di PPD Utara....

Selamat mencuba!

Ahad, 10 April 2011

TAHNIAH DARIPADA WARGA LINUS PPD SEBERANG PERAI UTARA

Kami warga LINUS PPD Seberang Perai Utara mengucapkan TAHNIAH atas kenaikan pangkat yang telah diumumkan baru-baru ini.
 Hj Khalid bin Hj Ahmad 
(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)


 Hj Umar bin Abdul Aziz 
(Ketua Sektor Pendidikan Islam)


Hj Osman bin Hussain 
(Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan) 

Khamis, 7 April 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011
Bengkel Pengisian Data Saringan 1 untuk kohort 2 dan Saringan 4 untuk kohort 1 akan diadakan pada 

             Tarikh    : 12 April 2011 (Selasa) 
             Tempat  : Bilik Mesyuarat PPD Seberang Perai Utara 

Operasi bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi mengikut kumpulan 21 sekolah.

             Kumpulan 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi) 
             Kumpulan 2 (11.00 pagi - 1.00 ptg) 
             Kumpulan 3 (2.30 ptg - 4.30 ptg)

Sehubungan itu, guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta mengumpulkan data daripada setiap kelas yang melaksanakan saringan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat-turun dari blog LINUS PPDU (sudah ditukar format). Setiap data TEPAT yang telah dikumpulkan dan perlu disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum dibawa bersama semasa Bengkel Pengisian Data Saringan 1 & Saringan 4 nanti.

Sekian Terima Kasih.

HUBUNGI FASILINUS

Jika guru-guru LINUS menghadapi masalah untuk memuat-turun atau mengendalikan capaian blog ini sila maklumkan kepada FasiLINUS sekolah masing-masing atau anda boleh menghubungi admin blog LINUS PPDU, Cikgu Adz Jamros binti Jamali untuk mendapatkan bantuan atau untuk penambahbaikan capaian anda. Sekian terima kasih.