Jumaat, 4 Februari 2011

PERANCANGAN STRATEGIK 2011

Salam buat semua guru LINUS.

Kesinambungan daripada Bengkel Perancangan Strategik LINUS yang telah dilangsungkan pada hari Isnin 24 Januari 2011, semua Penolong Kanan 1 atau wakilnya telah diamanahkan untuk menyampaikan maklumat bahawa semua sekolah rendah daerah Seberang Perai Utara diwajibkan menyiapkan Perancangan Strategik LINUS 2011 sekolah masing-masing. Sehubungan itu, contoh dan templat Perancangan Strategik LINUS 2011 boleh dimuat turun daripada blog ini. Perancangan Strategik yang telah siap tidak perlu dijilidkan dan perlu dihantar ke PPD untuk perhatian Encik Halim bin Noor, Pegawai LINUS PPD Utara sebelum atau pada 31 Januari 2011 iaitu hari Isnin. Penerangan atas kemusykilan mahupun masalah bolehlah dirujuk kepada FasiLINUS PPD Utara.


1 ulasan: