Tarikh pelaksanaan : Literasi 28 & 29 Ogos 2012
Numerasi 3 & 4 September 2012
Tempat : Dewan seminar PPD Seb. Perai Utara
Kumpulan sasaran : 63 orang guru Bahasa Malaysia dan 63 orang guru Matematik
semua sekolah rendah Daerah SPU
Objektif Kursus :-
1. Memberi pendedahan kepada guru tentang konsep penggabungjalinan kemahiran
LINUS dengan KBSR Tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (Literasi) dan
Matematik (Numerasi) terhadap murid-murid yang telah berada dalam kumpulan
Arus Perdana.
2. Membantu murid-murid yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam Arus Perdana
akibat terlalu lambat menguasai Literasi / Numerasi dan serentak dengan itu
tidak menguasai isi kandungan pembelajaran dalam Arus Perdana dalam Sistem
KBSR atau KSSR.
3. Memberi pendedahan kepada guru tentang amalan 'Lesson Study'
(Kajian Lapangan) dan mempraktikkan konsep penggabungjalinan
(perkara 1 dan 2) di atas.
|
SEKITAR KURSUS KELESTARIAN PROGRAM LINUS PPD SPU 2012
|
Pembentangan oleh wakil kumpulan selepas sesi refleksi berjalan lancar dan menepati objektif. Rumusan/penutupan disempurnakan oleh En Halim B Noor, pegawai meja LINUS PPD SPU.
Semua FasiLINUS PPD SPU mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh peserta kursus dan diharap dapat mempraktikkannya di sekolah masing-masing.