Salam untuk semua warga Linus Seberang Perai Utara,
Untuk makluman guru-guru Linus, contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Literasi dan Numerasi kelas Linus mahupun kelas Bercampur boleh dimuat turun dari blog ini pada halaman MUAT TURUN. (Cuba lihat bar di atas tu.....)
Selamat bertugas.
Terima Kasih Cikgu.
Khamis, 22 September 2011
Ahad, 31 Julai 2011
Proses Pengisian Data Saringan 2 dan 5 Ke Dalam Portal NKRA
Salam Sejahtera Semua,
Proses pengisian data Saringan 2 dan Saringan 5 ke dalam Portal NKRA boleh dilaksanakan mulai 1 Ogos 2011 (Isnin) hingga 12 Ogos 2011 (Jumaat). Sila masukkan data untuk semua murid termasuk murid Arus Perdana. Sila hubungi FasiLINUS sekolah masing-masing jika terdapat sebarang kekeliruan atau masalah semasa mengakses mahupun memuat naik data saringan ke dalam Portal NKRA.
Terima Kasih kerana kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Proses pengisian data Saringan 2 dan Saringan 5 ke dalam Portal NKRA boleh dilaksanakan mulai 1 Ogos 2011 (Isnin) hingga 12 Ogos 2011 (Jumaat). Sila masukkan data untuk semua murid termasuk murid Arus Perdana. Sila hubungi FasiLINUS sekolah masing-masing jika terdapat sebarang kekeliruan atau masalah semasa mengakses mahupun memuat naik data saringan ke dalam Portal NKRA.
Terima Kasih kerana kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Sabtu, 2 Julai 2011
Karnival LINUS 2011
Pada hari Rabu 6 Julai 2011, PPD Seberang Perai Utara akan mengadakan Karnival LINUS 2011 di MPC Kepala Batas.
JOM JOIN FACEBOOK FASILINUS PPD SPU
Salam semua,
Untuk makluman semua, fasilinus PPD Seberang Perai Utara telah mewujudkan akaun FACEBOOK dengan nama Fasilinus PPD S. Perai Utara.
Oleh itu, kepada sesiapa yang berkenan nak bersama-sama kami, silakan.
Sekian TQ
Untuk makluman semua, fasilinus PPD Seberang Perai Utara telah mewujudkan akaun FACEBOOK dengan nama Fasilinus PPD S. Perai Utara.
Oleh itu, kepada sesiapa yang berkenan nak bersama-sama kami, silakan.
Sekian TQ
SARINGAN 5 & SARINGAN 2 2011
Perhatian kepada semua PENYELARAS LINUS SEKOLAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, Saringan 2 dan 5 dilaksanakan pada ketetapan yang berikut:
SARINGAN MEMBACA DAN LISAN
20 JUN - 22 JULAI 2011
SARINGAN MENULIS
25 JULAI - 29 JULAI 2011
PENGISIAN DATA NKRA
1 OGOS - 12 OGOS 2011
Diharap Saringan 2 dan 5 dapat dijalankan dengan lancar, telus dan menepati masa. Jika terdapat sebarang masalah sila rujuk FasiLINUS sekolah masing-masing.
Sekian, terima kasih.
SARINGAN MEMBACA DAN LISAN
20 JUN - 22 JULAI 2011
SARINGAN MENULIS
25 JULAI - 29 JULAI 2011
PENGISIAN DATA NKRA
1 OGOS - 12 OGOS 2011
Diharap Saringan 2 dan 5 dapat dijalankan dengan lancar, telus dan menepati masa. Jika terdapat sebarang masalah sila rujuk FasiLINUS sekolah masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 29 April 2011
TAHNIAH!!!
Salam Sejahtera Semua Guru LINUS Sekolah-Sekolah Seberang Perai Utara,
Terima kasih atas kerjasama semua guru LINUS kerana bekerjasama menyempurnakan pengisian data saringan 1 dan 4 dalam portal NKRA. Sehubungan itu, diharapkan guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta menghantar satu set data yang diisi dalam portal berkenaan kepada FasiLINUS masing-masing.
Tahniah buat semua kerana telah berjaya mencatat peratusan yang cemerlang.
Saringan 1 Literasi
76.7%
Saringan 1 Numerasi
86%
Saringan 4 Literasi
93.8%
Saringan 4 Numerasi
97.6%
Sabtu, 16 April 2011
JANGAN PANIK
Sejak semalam, PORTAL NKRA tidak boleh diakses. Saya harap rakan-rakan guru LINUS sekalian tidak panik. Mungkin portal tersebut sedang dikemaskini kerana ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan. SABOOOOO JE LA.....
Selasa, 12 April 2011
PENGISIAN DATA SARINGAN KE DALAM PORTAL
Fuuuhhhhh....... poning kepalo den......
Memang sukar apabila data SMM di sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam versi 4.5. Manakan tidak, dalam portal NKRA cuma mesra dengan data SMM versi 4.0.
Tapi tak pe..... kita cuba sampai boleh. Terima kasih kepada Encik Mohd Zaini, Pegawai Maklumat PPDU. Hasil pengamatan beliau, kita dapat penyelesaiannya.
Jeng...jeng...jeng,...
Kita guna tapak SMM Versi 4.0, import data SMM dari fail DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2 daripada SMM Versi 4.5. Selepas itu, gabungkan data. Eksport semula data daripada tapak SMM Versi 4.0 ke dalam disket.
Online, akses Portal NKRA KPM. Import data murid dari SMM tadi...... bliiiinnnggggggg...
Dah siap....
Jika cikgu-cikgu ada masalah hubungi kami, FasiLINUS di PPD Utara....
Selamat mencuba!
Memang sukar apabila data SMM di sekolah-sekolah Pulau Pinang dalam versi 4.5. Manakan tidak, dalam portal NKRA cuma mesra dengan data SMM versi 4.0.
Tapi tak pe..... kita cuba sampai boleh. Terima kasih kepada Encik Mohd Zaini, Pegawai Maklumat PPDU. Hasil pengamatan beliau, kita dapat penyelesaiannya.
Jeng...jeng...jeng,...
Kita guna tapak SMM Versi 4.0, import data SMM dari fail DATAHEM_D1 dan DATAHEM_D2 daripada SMM Versi 4.5. Selepas itu, gabungkan data. Eksport semula data daripada tapak SMM Versi 4.0 ke dalam disket.
Online, akses Portal NKRA KPM. Import data murid dari SMM tadi...... bliiiinnnggggggg...
Dah siap....
Jika cikgu-cikgu ada masalah hubungi kami, FasiLINUS di PPD Utara....
Selamat mencuba!
Ahad, 10 April 2011
TAHNIAH DARIPADA WARGA LINUS PPD SEBERANG PERAI UTARA
Kami warga LINUS PPD Seberang Perai Utara mengucapkan TAHNIAH atas kenaikan pangkat yang telah diumumkan baru-baru ini.
Hj Khalid bin Hj Ahmad
(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)
Hj Umar bin Abdul Aziz
(Ketua Sektor Pendidikan Islam)
Hj Osman bin Hussain
(Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan)
Khamis, 7 April 2011
PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011
PENGISIAN DATA SARINGAN 1 & 4 2011
Bengkel Pengisian Data Saringan 1 untuk kohort 2 dan Saringan 4 untuk kohort 1 akan diadakan pada
Tarikh : 12 April 2011 (Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Seberang Perai Utara
Operasi bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi mengikut kumpulan 21 sekolah.
Kumpulan 1 (8.30 pagi - 10.30 pagi)
Kumpulan 2 (11.00 pagi - 1.00 ptg)
Kumpulan 3 (2.30 ptg - 4.30 ptg)
Sehubungan itu, guru-guru penyelaras LINUS sekolah diminta mengumpulkan data daripada setiap kelas yang melaksanakan saringan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat-turun dari blog LINUS PPDU (sudah ditukar format). Setiap data TEPAT yang telah dikumpulkan dan perlu disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu sebelum dibawa bersama semasa Bengkel Pengisian Data Saringan 1 & Saringan 4 nanti.
Sekian Terima Kasih.
HUBUNGI FASILINUS
Jika guru-guru LINUS menghadapi masalah untuk memuat-turun atau mengendalikan capaian blog ini sila maklumkan kepada FasiLINUS sekolah masing-masing atau anda boleh menghubungi admin blog LINUS PPDU, Cikgu Adz Jamros binti Jamali untuk mendapatkan bantuan atau untuk penambahbaikan capaian anda. Sekian terima kasih.
Rabu, 2 Mac 2011
INFO TERKINI 2 MAC 2011
Pagi 2 Mac 2011, Jawatankuasa LINUS Negeri Pulau Pinang yang telah diperngerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Cik Fatimah bt Othman, telah menerima satu informasi TERKINI... KPM telah meletakkan 95% sebagai sasaran Saringan 1 Kohort 2 Kebangsaan. Ini bermakna kita perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai sasaran ini.
Sehubungan itu juga, pihak KPM telah menyuarakan bahawa pihaknya akan mengeluarkan surat untuk membawa anak-anak yang berkenaan bagi menjalani pemeriksaan doktor.
Semoga hak kanak-kanak yang berkeperluan khas akan terbela. Insya-Allah..
Semoga kita berjaya.
Selasa, 1 Mac 2011
MAKLUMAN TARIKH SARINGAN LINUS 2011
TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN TAHUN 2011
PROGRAM LINUS
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KOHORT 1 | KOHORT 2 | TARIKH | PELAKSANAAN | |
MULA | AKHIR | |||
Saringan 1 | Saringan 4 | 28 Feb 2011 | 31 Mac 2011 | Membaca / Lisan |
04 Apr 2011 | 08 Apr 2011 | Menulis | ||
11 Apr 2011 | 22 Apr 2011 | Pengisian Data Portal | ||
Saringan 2 | Saringan 5 | 20 Jun 2011 | 22 Jul 2011 | Membaca / Lisan |
25 Jul 2011 | 29 Jul 2011 | Menulis | ||
02 Ogo 2011 | 12 Ogo 2011 | Pengisian Data Portal | ||
Saringan 3 | Saringan 6 | 03 Okt 2011 | 21 Okt 2011 | Membaca / Lisan |
31 Okt 2011 | 04 Nov 2011 | Menulis | ||
15 Nov 2011 | 18 Nov 2011 | Pengisian Data Portal | ||
09 Nov 2011 | 11 Nov 2011 |
· Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pengumuman daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan akan dimaklumkan kemudian.
o Tarikh yang sah belum ditetapkan setakat ini.
Isnin, 28 Februari 2011
EDARAN CD SARINGAN SUDAH BERMULA...
Salam semua,
Mulai 28 Februari 2011, Sub-unit LINUS PPD SP Utara telah mengedarkan CD Saringan 1 dan 4. Terima kasih bagi sekolah-sekolah yang telah mendapatkannya. Bagi sekolah0-sekolah yang masih belum mendapatkannya, SILA BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN DI SUB-UNIT LINUS PPD SP UTARA. Harap maklum.
Mulai 28 Februari 2011, Sub-unit LINUS PPD SP Utara telah mengedarkan CD Saringan 1 dan 4. Terima kasih bagi sekolah-sekolah yang telah mendapatkannya. Bagi sekolah0-sekolah yang masih belum mendapatkannya, SILA BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN DI SUB-UNIT LINUS PPD SP UTARA. Harap maklum.
SIAPA FASILINUS SEKOLAH ANDA
EN.SHAHRUL ANUAR BIN HASHIN (LITERASI) TN.HJ.SABRI BIN SULAIMAN (NUMERASI)
|
SK ARA RENDANG
SK BERTAM PERDANA
SK KG. SELAMAT
SK KG. TO’ BEDUR
SK LAHAR YOOI
SK MOHD.SHAH
SK PADANG MENORA
SK PAYA KELADI
SK PENAGA
SK PENAGA JAYA
SK PERMATANG BULUH
SK PINANG TUNGGAL
SK PMTG TO’ JAYA
SK POKOK SENA
SK SUNGAI PUYU
SJKC CHIN HWA
SJKC LEE CHEE
SJKC MAH HWA
SJKC PEI YU
SJKT LADANG MAYFIELD
SJKT LADANG MALAKOFF
|
EN.SHUKRI BIN HASHIM (LITERASI)
PN.ANISAH BINTI EDI (NUMERASI)
|
SK BUMBUNG LIMA
SK DESA MURNI
SK KEPALA BATAS
SK KUALA MUDA
SK LAHAR KEPAR
SK PASIR GEBU
SK PENGKALAN JAYA
SK PERMATANG JANGGUS
SK PERMATANG SINTOK
SK PMTG BINJAI
SK PULAU MERTAJAM
SK SERI GEMILANG
SK TAMAN SENANGAN
SK TASEK GELUGOR
SK TELOK AIR TAWAR
SJK(C) AIK KEOW PENAGA
SJK(C) AIK KEOW T.A.T
SJK(C) KUANG YU
SJK(C) NUNG MIN
SJK(C) SIN CHUNG
SJK(T) PALANIANDY
|
EN.MOHD.ZAININ BIN MISKON (LITERASI)
PN.NORAZLIN BT. ZAINAL (NUMERASI)
|
SK ASSUMPTION
SK BAGAN AJAM
SK BAGAN JERMAL
SK BAGAN TUAN KECHIL
SK BERTAM INDAH
SK CONVENT B’WORTH
SK HASHIM AWANG
SK KUALA PERAI
SK MAK MANDIN
SK PERMATANG BERTAM
SK ST.MARK B’WORTH
SK SUNGAI DUA
SK SUNGAI NYIOR
SJKC CHUNG HWA CAW. 1
SJKC CHUNG HWA CAW. 2
SJKC CHUNG HWA PUSAT
SJKC KAI CHEE
SJKC KWANG HWA
SJKC LI HWA
SJKC MAK MANDIN
SJKT MAK MANDIN
|
Isnin, 21 Februari 2011
PROSES PELAKSANAAN SARINGAN PROGRAM LINUS
SEKADAR LONTARAN IDEA
SARINGAN BUKAN UJIAN
SARINGAN IALAH SUATU ALAT PENTAKSIRAN
TUJUAN SARINGAN ADALAH UNTUK MENGESAHKAN SETAKAT MANA PENGUASAAN MURID TERHADAP 12 KONSTRUK ASAS DALAM LITERASI DAN NUMERASI.
TANGGUNGJAWAB GURU ADALAH MEMBIMBING MURID AGAR MENGUASAI SEMUA KONSTRUK WALAUPUN ARUS PERDANA TIDAK MEWAJIBKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.
PROGRAM LINUS JUGA BERLANDASKAN KURIKULUM MODULAR SEPERTI KSSR.
MURID TIDAK DIDISKRIMINASI KEPADA LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA TETAPI
LABEL LINUS TEGAR, LINUS DAN ARUS PERDANA HANYA SEBAGAI PENANDA BAHAWA MURID MASIH BELUM MENGUASAI SATU-SATU KONSTRUK
MAKA
GURU HARUS BERUSAHA PELBAGAI KAEDAH UNTUK MEMASTIKAN MURID MENGUASAI 12 KONSTRUK.
INSYAALLAH
Selasa, 15 Februari 2011
SISTEM FAIL LINUS SEKOLAH RENDAH DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Salam Semua Guru Penyelaras LINUS juga buat Guru LINUS,
Pada minggu lepas iaitu 11 Februari 2011, semua sekolah rendah negeri Pulau Pinang telah dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat rasmi dari JPNPP mengenai penyelarasan Sistem Fail LINUS negeri Pulau Pinang. Setelah menerima beberapa panggilan cemas dari beberapa buah sekolah, kami FasiLINUS PPD SPU telah mengambil inisiatif berbincang dengan Penyelia Kanan LINUS di JPNPP. Atas alasan PPD merupakan "ownership" kepada Program LINUS beserta sokongan kukuh Pegawai Meja LINUS di PPD SPU, maka PPD SPU telah mengambil keputusan MENGEKALKAN SISTEM FAIL YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH FasiLINUS PPD SPU yang menyenaraikan 7 buah fail.
600-5/1/01 SURAT-MENYURAT
1.1. Surat-surat pekeliling/siaran/arahan/makluman berkaitan Program LINUS (KPM/JPN/PPD)
1.2. Surat panggilan kursus/taklimat/bengkel/mesyuarat dll
1.3. Memo
1.4. “Link Call”
600-5/1/02 MINIT MESYUARAT
2.1 Notis Panggilan Mesyuarat J/Kuasa LINUS Sekolah
2.2 Minit Mesyuarat J/kuasa LINUS Sekolah
2.3 Minit Mesyuarat Panitia BM & Matematik
2.4 Rekod Maklum Balas Keputusan-keputusan Mesyuarat
600-5/1/03 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
3.1 Perancangan Strategik & Pelunjuran
3.2 Program dan Aktiviti Sepanjang Tahun
600-5/1/04(Kohort1)
600-5/1/04(Kohort2)
600-5/1/04(Kohort3)
seterusnya MAKLUMAT MURID
(Asingkan mengikut kohort)
4.1 Analisis Saringan Literasi & Numerasi
4.2 Senarai nama murid Literasi & Numerasi (Pemulihan LINUS, LINUS, Arus Perdana)
4.3 Maklumat murid Pemulihan LINUS dan LINUS Literasi & Numerasi
4.4 ‘Headcount’
600-5/1/05 MAKLUMAT GURU & PEMANTAUAN
5.1 Carta Organisasi J/kuasa Induk LINUS
5.2 Maklumat guru LINUS
5.3 Jadual waktu guru LINUS
5.4 Jadual Pemantauan Sekolah P & P LINUS
5.5 Laporan Pemantauan Sekolah/PPD/JPN/JNJK
600-5/1/06 SUKATAN PELAJARAN DAN SENARAI KEMAHIRAN
Dibenarkan menggunakan “Ring Fail”
6.1 Senarai Konstruk Literasi & Numerasi
6.2 Senarai Kemahiran Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3
6.3 Modul Guru Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3
6.4 Modul Murid Literasi & Numerasi Tahun 1/2/3
600-5/1/07 MANUAL DAN INSTRUMEN SARINGAN
7.1 Manual Am Saringan Literasi & Numerasi
7.2 Manual Pentadbiran Saringan Literasi & Numerasi
7.3 Instrumen Saringan Membaca/Lisan Saringan Literasi & Numerasi
7.4 Instrumen Saringan Menulis/Bertulis Saringan Literasi & Numerasi
CATATAN : DISYORKAN MENGGUNAKAN FAIL JENIS KERTAS (PUTIH)
NOMBOR FAIL BERDASARKAN SISTEM FAIL FORMAT ARKIB NEGARA
Langgan:
Catatan (Atom)